Saturday, October 30, 2010

Pisau Kesayanganku

Aku ada sebilah pisau yang memang cantik.. Kalau dilihat secara luaran memang cantik. Namun pisau ini sebenarnya aku dapatkan di kedai kraftangan dengan harga yang sangat murah... Bagi aku asal ada tanda mata semasa aku berkunjung ke sesuatu tempat maka, aku beli la apa2 buah tangan atau tanda mata di satu2 tempat tu kan..  Pisau ni tanda mata sewaktu aku berkunjung ke salah satu negeri dalam malaysia juga la.. hahaa.. memang murah dan aku beli di kedai kraftangan...



Next post, aku akan tunjukkan pisau yang dimilik oleh kawan baik ku, pisau yang dimliki dia pun boleh tahan rupanya..

Wednesday, October 27, 2010

Parang kota belud

Ini antara gambar parang-parang yang terdapat di salah satu tamu ( seperti pasar tani atau pasar hujung minngu ) kota belud.. Di Kota Belud ni memang banyak parang dan dikenali dengan kerja pembuatan parangnya.. Pernah masuk dalam rancangan tv mengenai pembuatan parang ni..





Untuk rekod, harga parang2 ni dari RM60 hingga RM300 bergantung kepada saiz bilah, jenis kayu dan mcm2 lagi..
Baiklah,. kalau ada gambar parang yang lain lagi akan saya postkan..