Monday, November 1, 2010

Parang unik

Seperti yang dijanjikan,,.. akhirnya aku dapat juga gambar parang kawan aku yang dikatakan sebelum ini.. Gambar ni dibagi semasa kami bercerita mengenai blog yang aku cuba2 buat untuk berkongsi gambar parang... Kawan aku seorang ni sebenarnya tokey serba serbi. Baru-baru ni pun dia baru balik dari satu tempat selepas berniaga 2 hari 2 malam tau...


kawan aku bagitau yang parang ni sudah banyak kali digunakannya... Berbanding pisau yang aku ada, pisau tu belum aku banyak kali gunakan.. Harga semasa dia beli pun aku lupa pula tanya..

Next post.. aku akan cuba dapatkan koleksi kawan2 aku yang lain pula..

Saturday, October 30, 2010

Pisau Kesayanganku

Aku ada sebilah pisau yang memang cantik.. Kalau dilihat secara luaran memang cantik. Namun pisau ini sebenarnya aku dapatkan di kedai kraftangan dengan harga yang sangat murah... Bagi aku asal ada tanda mata semasa aku berkunjung ke sesuatu tempat maka, aku beli la apa2 buah tangan atau tanda mata di satu2 tempat tu kan..  Pisau ni tanda mata sewaktu aku berkunjung ke salah satu negeri dalam malaysia juga la.. hahaa.. memang murah dan aku beli di kedai kraftangan...



Next post, aku akan tunjukkan pisau yang dimilik oleh kawan baik ku, pisau yang dimliki dia pun boleh tahan rupanya..

Wednesday, October 27, 2010

Parang kota belud

Ini antara gambar parang-parang yang terdapat di salah satu tamu ( seperti pasar tani atau pasar hujung minngu ) kota belud.. Di Kota Belud ni memang banyak parang dan dikenali dengan kerja pembuatan parangnya.. Pernah masuk dalam rancangan tv mengenai pembuatan parang ni..





Untuk rekod, harga parang2 ni dari RM60 hingga RM300 bergantung kepada saiz bilah, jenis kayu dan mcm2 lagi..
Baiklah,. kalau ada gambar parang yang lain lagi akan saya postkan..